Asklegal
Home banner aea33582 ff5d 42fa a4be bf527bba3f1a

Consumer

5 sebab korang harus mengelakkan jual beli kenderaan dengan skim Sambung Bayar

3 months ago Emma

32

Shares

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris. Click here for English version]

 

Membeli kereta baru memang mahal. Selain daripada harga kereta itu sendiri, terdapat banyak lagi kos-kos lain yang harus dipertimbangkan. Bukan setakat downpayment je tinggi, malah korang juga nak kena fikir kos-kos penyelenggaraan, insurans, road tax, dan juga kos minyak! Pengangkutan awam memang sedia ada sebagai pilihan, tapi bukannya praktikal untuk semua orang.

Imej dari Carsome

Dah kira pon semua-semua kos tadi tu, mestilah korang mencari cara nak memiliki kereta tanpa membebankan poket… Yang sering dipilihi tu membeli kereta terpakai lah (second hand).

Tapi kena ingat juga, ada segelintir masyarakat tak layak untuk mendapatkan pinjaman bank. Sebab tu ada yang memilih jalan yang lebih mudah dan menarik iaitu sambung bayar.

 

Skim sambung bayar biasanya cam ni...

Imej dari siakapkeli

Sambung bayar kenderaan ni kebiasaannya kerana penjual kereta masih lagi membayar pinjaman kepada bank, tetapi mahu menjual kenderaan kepada orang lain. Mereka tidak mahu melalui proses jual beli yang makan masa dan dorang pun mungkin memerlukan wang tunai dengan segera.

Pembeli dalam sambung bayur juga untung sebab tak perlu membayar harga penuh kenderaaan - hanya perlu deposit yang rendah dan meneruskan bayaran bulanan untuk penjual kereta. (sebab tu la dipanggil “sambung bayar”)

So misalnya, penjual “menjual”’ kereta kepada pembeli, dan pembeli menyambung bayar pinjaman pemilik tersebut kepada pihak bank. Tapi korang kena ingat, walaupun penjual tu serahkan kenderaan kepada pembeli, kenderaan tu tetap berdaftar atas name penjual.

Penjual biasanya akan meminta sejumlah deposit daripada pembeli, dan mereka akan menandatangani kontrak, ataupun sekadar bersalam tanda setuju. 

 

Tapi pihak yang sambung bayar tidak dilindungi oleh undang-undang

Mana-mana kontrak yang ditandatangani dalam urusan sambung bayar tidak dapat dikuatkuasakan kerana pihak bank kebiasaanya meletakkan syarat dalam kontrak pinjaman yang diberikan – bahawa pembeli tidak boleh menjual kereta tersebut tanpa persetujuan mereka. Malah persetujuan salam (handshake) juga tidak dilindungi oleh undang-undang, so jadi masalah kalau salah satu pihak mungkir janji. 

Inilah sebabnya kaedah sambung bayar ni biasanya digunakan di antara kawan rapat dan keluarga je. Walau bagaimanapun, ia masih tidak digalakkan, kerana terdapat 5 risiko yang harus korang hadapi.

 

1. Sambung bayar tu haram

Image and video hosting by HilariousGIFs.com
Imej dari hilariousgifs

Persetujuan sambung bayar dinyatakan sebagai haram di bawah Seksyen 38 - Akta Sewa Beli 1967 (tiada penterjemahan rasmi);

“Setiap orang yang, melalui pelupusan atau penjualan mana-mana barang yang dirangkumi dalam sesuatu persetujuan sewa beli, atau melalui penyingkaran barangan tersebut, atau melaliu kaedah-kaedah yang lain, menipu atau cuba menipu pemilik melakukan suatu kesalahan” – diterjemahkan oleh ASKLEGAL

Apabila korang membeli kereta secara sewa beli (hire purchase), pihak bank adalah pemilik sah kereta sehingga korang menjelaskan bayaran pinjaman sepenuhnya. Jadi korang sebenarnya tidak berhak pun untuk menjual kereta tersebut melainkan korang mendapta keizinan daripada bank. Kesalahan ni membawa denda maksimum RM30,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Undang-undang inilah yang menyebabkan kontrak sambung bayar tidak berkesan. Kontrak ni dipanggil void ab initio (tidak sah dari permulaan). Mengikut Seksyen 24 dalam Akta Kontrak 1950kontrak yang melibatkan sesuatu yang haram dari segi undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan.

 

2. Penjual bertanggungjawab jika pembeli kereta berhenti membayar pinjaman

Imej dari debtcollectionservice
Imej dari debtcollectionservice

Kenderaan dalam persetujuan sambung bayar masih dianggap sebagai hak milik penjual. Jadi, jika pembeli gagal membayar ansuran, penjual tu yang kena tanggung segalanya. Lebih buruk lagi, ia mungkin menjejaskan credit score korang yang akan mempengaruhi peluang mendapat pinjaman satu hari nanti. 

Selain itu, jika terdapat saman yang dikeluarkan kepada pembeli apabila menggunakan kenderaan tersebut, penjual juga yang kena.

Bukan setakat itu je, malah lebih tragis lagi kalau pembeli tak bayar, tapi tak nak pulangkan kereta juga…

 

3. Penjual tak boleh buat laporan polis juga

Betul tu. Sebab penjual tu dah serahkan kenderaan kepada pembeli secara sukarela. Tak boleh lagi membuat laporan kenderaan dicuri sebab definisi kesalahan mencuri di dalam Kanun Keseksaan (tiada penterjemahan rasmi) Seksyen 378 kita adalah: 

“Barang siapa, yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya apa-apa harta yang boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan orang itu, menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya,adalah dikata melakukan kesalahan mencuri.”

Jadi pembeli di bawah persetujuan sambung bayar tidak mengambil kenderaan secara tidak jujur. Dan penjual sendiri secara relanya telah memberi kenderaan tu kepada pembeli, jadi dia tidak sama sekali boleh melaporkan “kehilangan” kereta itu

Imej dari SAYS

Tapi apa yang korang mungkin boleh buat ialah melaporkan kes tersebut sebagai penipuan, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebelum ini. Korang boleh dilindungi dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 420 - Penipuan dan penganiayaan yang membabitkan penyerahan harta. Sebagai contoh, seorang individu ingin mengguna kaedah sambung bayar untuk membeli motor korang dengan deposit RM1,000, tetapi kemudiannya dia tidak membayar langsung pinjaman korang tu.

Untuk pembeli pula, ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan iaitu…

 

4. Pembeli mungkin takkan dapat hak milik kereta dengan sah

Ini mungkin dah jelas kepada korang, tapi pembeli sambung bayar tidak dilindungi oleh insurans jika hak milik kenderaan itu bukan atas nama mereka. Satu solusi adalah pembeli boleh meletakkan nama mereka sebagai pemandu kedua di dalam polisi insurans. Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi perkara yang harus dipertimbangkan oleh pembeli – apa jadi jika penjual kenderaan meninggal dunia sebelum hak milik dipindahkan.

Kenderaan tersebut akan diwarisi oleh keluarga pemilik.

Imej dari bikesrepublic

Kereta tersebut adalah hak milik bank selagi pinjaman belum habis dibayar. Selepas pinjaman habis dibayar, hak milik kereta akan jatuh kepada penjual kerana ianya didaftarkan atas nama mereka. Apabila mereka meninggal dunia dan tidak dapat mengalihkan hak milik kepada pembeli, pihak keluarga mereka akan mendapat hak milik secara automatik.

Jika ahli keluarganya datang menuntut kenderaan yang disambung bayar, pembeli tidak mempunyai pilihan lain selain menyerah balik kenderaan.

 

5. Banyak kes sambung bayar melibatkan kenderaan klon

Terdapat pembeli yang kena masalah di bawah skim sambung bayar selepas mengetahui bahawa kenderaan yang dibeli tu kenderaan klon. Seorang doktor dari Alor Setar menjadi mangsa penipuan pada tahun 2015.

Kereta klon ini mungkin diubahsuai dengan chasis pendaftaran palsu (mungkin juga tidak didaftarkan) dan plat nombor palsu, serta road tax palsu. Mangsa biasanya hanya mengetahui bahawa kereta mereka diklonkan setelah ditahan oleh JPJ atau apabila memperbaharui cukai jalan sendiri (dan bukan melalui “ejen” mereka).

Imej dari CILISOS

Kenderaan yang tidak didaftarkan boleh disita oleh JPJ sebelum dilelong oleh mahkamah. Sebagai pemilik kereta, korang juga boleh didakwa di bawah Seksyen 7 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memiliki kereta yang tidak didaftarkan, dan boleh didenda di antara RM2,000 dan RM10,000.

Kereta klon telahpun wujud sejak tahun 1980-an menurut seorang pengedar kereta Carsome. Korang boleh baca lebih mengenai kereta klon di artikel CILISOS ni.

 

Beli lah kereta dari pengedar yang sah

Simpulan undang-undang sambung bayar ni satu je: kalau kita mengabaikan tanggungjawab di bawah undang-undang, kita takkan dapat hak dan perlindungan yang diberikan oleh undang-undang juga. Tidak kira berapa lumayan sambung bayar, dalam jangka masa panjang, masalah dan kos yang bakal dihadapi adalah risiko yang tidak sewajar.
 
Susulan kes doktor Alor Setar yang tertipu itu, pengarah JPJ Kedah telah menyarankan orang ramai untuk membawa kereta yang ingin dibelikan ke Puspakom atau JPJ untuk permeriksaan. Menurutnya lagi, sangatlah sukar untuk orang awam mengenalpasti kereta itu tulen atau tak dengan hanya melihat luarannya.

Tags:
akta pengangkutan jalan
jpj
puspakom
sambung bayar
kereta
klon

32

Shares